Belansungkawa

Dr. Ibrahim Ahmad, Pensyarah Kanan, Jabatan Bahasa Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya telah kembali ke rahmatullah pada 10 Mac 2014 bersamaan dengan 9 Jamadil Awal 1435 Hijrah. Arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Kuala Lumpur sekitar jam 6 petang.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Sunday, 6 April 2014

SAJAK : HARI PEMERGIAN

Hari Pemergian

Si anak kecil dengan mata berkaca dan sedu tersisa
Ibu dengan wajah sedia upaya kuat,… cuba perkasa
Anak gadis kehulu hilir mengurus damai keberangkatan ayahanda
Semua terlalu cepat
Pantas luar biasa

Benarlah petah anbia
Hidup manusia di tanah bumi ini ibarat singgahan lalu
Menumpang teduh pohon using di padang gersang
Sebelum berang bermusafir menuju Tuhan

Anak teruna pengganti ayahanda cekal menghadap keberangkatannya pergi
Dahi dikucup rapat…lama
Tuhan
Kuserahkan dia dalam pemeliharaanMu seadanya
Air mata yang gugur menyentak si anak ayahanda..

Kucupanmu telah berlalu
Jangan lupa mendoakanku…

Asar 10 mac
Surau Al-Amin
Bandar Tun Hussien Onn Cheras
Al-Fatihah

Nukilan : Merpati Patah Sayap

Wednesday, 2 April 2014

JEMPUTAN MENYERTAI PROJEK : DR. IBRAHIM DALAM KENANGAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kami ingin menjemput seluruh warga APM dan sesiapa sahaja yang mengenali Allahyarham Dr. Ibrahim bin Ahmad agar dapat bersama-sama kami menjayakan misi, hasrat dan Allahyarham yang mahu menjadikan bidang ilmu dapat dikongsi bersama-sama dengan seluruh warga masyarakat.

Maklumat lanjut adalah seperti yang tertera di poster. Segala sumbangan dan jasa tuan / puan kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Yang benar ;

Pentadbir blog Dr. Ibrahim Ahmad.