السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
إنّا لله وإنّا إليه راجعون
Dimaklumkan bahawasanya Dr. Ibrahim Ahmad, Pensyarah Kanan, Jabatan Bahasa Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya telah kembali ke rahmatullah pada 10 Mac 2014 bersamaan dengan 9 Jamadil Awal 1435 Hijrah.
Arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Kuala Lumpur sekitar jam 6 petang.
Marilah kita bersama-sama mendoakan agar ALLAH Subhanawata'ala mengampunkan dosanya dan memasukkan beliau ke dalam syurga-Nya.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
"Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
(Hadis Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya)
0 comments:
Post a Comment